Pengajian Bersama Uts Azhar hashim
Maklumat Terkini Majlis Rahmatan Lil alamin Bersama Uts Azhar Hashim Alhadrami Sila Rujuk Kuliah!!!!!

Thursday, December 8, 2011

ALLah Tidak Sama Dengan Segala Yang Baharu (Mukhalafatuhu ta'ala lil hawadith

Allah Ta'ala tidak sama dengan yang baharu pada sifatNya :

1. Sifat Allah ta'ala memang sudah sedia ada bersamaNya.

2. Ta'aluq sifat Allah menyeluruh, tetapi makhlukNya adalah terbatas pada setengah-setengah perkara.

Allah Ta'ala tidak sama dengan yang baharu(makhlukNya) pada perbuatan :

1. Perbuatan Allah ta'ala memberi kesan, manakala perbuatan makhluk tidak memberi apa-apa kesan ia adalah sekadar usaha sahaja.

2. Perbuatan ALlah ta'ala tidak berkehendak (tidak memerlukan) apa-apa perantaraan atau alat atau sebagainya.

3. Perbuatan Allah ta'ala tidak memerlukan pembantu.

4. Allah ta'ala tidak mengambil faedah daripada perbuatanNya.

5. Perbuatan Allah Ta'ala tidak sia-sia.

Dalil aqli


Sekiranya Allah sama atau serupa dengan yang baharu, maka Allah ta'ala juga baharu. Logik akal tidak dapat menerima hakikat ini kerana Allah ta'ala bersifat dengan sifat qidam (sedia) dan baqa' (kekal). Oleh itu, Allah ta'ala tetap bersifat dengan Mukhalafatuhu ta'ala lil hawadith.

Dalil Naqli 

Firman ALLah :

ۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬

"Tiada sesuatupun yang sama (zat, sifat dan perbuatan) denganNya. (Surah As Syura :11)



Memahami sifat 20

Sifat WajibTulisan ArabMaksudSifatSifat MustahilTulisan ArabMaksud
Wujud
ﻭﺟﻮﺩ
AdaNafsiahAdam
ﻋﺪﻡ
Tiada
Qidam
ﻗﺪﻡ
SediaSalbiahHaduth
ﺣﺪﻭﺙ
Baharu
Baqa
ﺑﻘﺎﺀ
KekalSalbiahFana
ﻓﻨﺎﺀ
Akan binasa
Mukhalafatuhu lilhawadith
ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
berbeda dengan semua makhluk ciptaanNyaSalbiahMumathalatuhu lilhawadith
ﻣﻤﺎﺛﻠﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
Menyamai atau bersamaan bagi-Nya dengan suatu yang baru
Qiamuhu binafsih
ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ
Berdiri-Nya dengan sendiriSalbiahQiamuhu bighairih
ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻐﻴﺮﻩ
Berdiri-Nya dengan yang lain
Wahdaniat
ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ
Esa Allah Ta'ala pada dzat,pada sifat dan pada perbuatanSalbiahTa'addud
ﺗﻌﺪﺩ
Berbilang-bilang
Qudrat
ﻗﺪﺭﺓ
BerkuasaMa'aniAjzun
ﻋﺟﺰ
Lemah
Iradat
ﺇﺭﺍﺩﺓ
Berkehendak menentukanMa'aniKarahah
ﻛﺮﺍﻫﻪ
Benci iaitu tidak menentukan
Ilmu
ﻋﻠﻢ
MengetahuiMa'aniJahlun
ﺟﻬﻞ
Bodoh
Hayat
ﺣﻴﺎﺓ
HidupMa'aniAl-Maut
ﺍﻟﻤﻮﺕ
Mati
Sama'
ﺳﻤﻊ
MendengarMa'aniAs-Summu
ﺍﻟﺻﻢ
Pekak
Basar
ﺑﺼﺮ
MelihatMa'aniAl-Umyu
ﺍﻟﻌﻤﻲ
Buta
Kalam
ﻛﻼ ﻡ
Berkata-kataMa'aniAl-Bukmu
ﺍﻟﺑﻜﻢ
Bisu
Kaunuhu qaadiran
ﻛﻮﻧﻪ ﻗﺎﺩﺭﺍ
Keadaan-Nya yang berkuasaMa'nawiyahKaunuhu ajizan
ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﺟﺰﺍ
Keadaan-Nya yang lemah
Kaunuhu muriidan
ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺮﻳﺪﺍ
Keadaan-Nya yang berkehendak menentukanMa'nawiyahKaunuhu kaarihan
ﻛﻮﻧﻪ ﻛﺎﺭﻫﺎ
Keadaan-Nya yang benci iaitu tidak menentukan
Kaunuhu 'aliman
ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﻟﻤﺎ
Keadaan-Nya yang mengetahuiMa'nawiyahKaunuhu jahilan
ﻛﻮﻧﻪ ﺟﺎﻫﻼ
Keadaan-Nya yang bodoh
Kaunuhu hayyan
ﻛﻮﻧﻪ ﺣﻴﺎ
Keadaan-Nya yang hidupMa'nawiyahKaunuhu mayitan
ﻛﻮﻧﻪ ﻣﻴﺘﺎ
Keadaan-Nya yang mati
Kaunuhu sami'an
ﻛﻮﻧﻪ ﺳﻤﻴﻌﺎ
Keadaan-Nya yang mendengarMa'nawiyahKaunuhu asamma
ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺻﻢ
Keadaan-Nya yang pekak
Kaunuhu basiiran
ﻛﻮﻧﻪ ﺑﺼﻴﺭﺍ
Keadaan-Nya yang melihatMa'nawiyahKaunuhu a'maa
ﻛﻮﻧﻪ ﺃﻋﻤﻰ
Keadaan-Nya yang buta
Kaunuhu mutakalliman
ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺘﻜﻠﻤﺎ
Keadaan-Nya yang berkata-kataMa'nawiyahKaunuhu abkam
ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺑﻜﻢ
Keadaan-Nya yang kelu


Sifat kesempurnaan

Dua puluh yang tertera di atas yang wajib bagi Allah terkandung di dalam dua sifat kesempurnaan. Sifat tersebut adalah:
  • Istigna' ( ﺇﺳﺘﻐﻨﺎﺀ )
  • Kaya Allah daripada sekelian yang lain daripada-Nya iaitu tidak berkehendak ia kepada sesuatu. Maksudnya, Allah tidak mengkehendaki yang lain menjadikan-Nya dan tidak berkehendakkan tempat berdiri bagi zat-Nya. Contohnya, Allah tidak memerlukan dan tidak mengkehendaki malaikat untuk menciptakan Arasy.
  • Maka, Maha suci Tuhan daripada tujuan pada sekelian perbuatan dan hukum-hukumnya dan tidak wajib bagi-Nya membuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu.
  • Sifatnya: wujud, qidam, baqa', mukhalafatuhu lilhawadith, qiamuhu binafsih, sama', basar, kalam, kaunuhu sami'an, kaunuhu basiran, kaunuhu mutakalliman.
  • Iftiqar ( ﺇﻓﺘﻘﺎﺭ )
  • Yang lain berkehendakkan sesuatu daripada Allah iaitu yang lain berkehendakkan daripada Allah untuk menjadikan dan menentukan mereka dengan perkara yang harus. Contohnya, manusia memohon kepada Allah melancarkan hidupnya.
  • Sifatnya: wahdaniat, qudrat, iradat, ilmu, hayat, kaunuhu qadiran, kaunuhu muridan, kaunuhu hayyan.


Sifat yang harus

Sifat harus atau sifat jaiz juga dimiliki oleh Allah. Harus bagi Allah memperbuatkan sesuatu yang harus ada atau tiada atau meninggalkannya. Contohnya, harus bagi Allah menciptakan langit, bumimatahari dan yang lain dan harus juga bagi Allah untuk tidak menciptakannya. Tidak wajib bagi Allah membuat sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan bahkan itu harus pada hak Allah.

Tuesday, December 6, 2011

sifat ketiga : baqo'

takrif : baqo' ialah suatu ibarat daripada penafian tiada akhir bagi kewujudan allah s.w.t serta sifat-sifatnya bahkan dialah yang awal tanpa permulaan dan dialah yang akhir tanpa penamatnya .

huraiannya : baqo' juga merupakan salah satu sifat salbiyyah . maksud daripada sifat baqo' ini ialah kita menafikan adanya kesudahan ataupun tempoh penghujung bagi zat allah s.w.t dan juga sifat-sifatnya .

hukumnya : sebagai manusia yang mukallaf wajib syara' kita imani dan meyakini bahawa zat allah s.w.t dan segala sifatnya adalah kekal abadi , allah tidak mati , zatnya tidak hancur binasa , sifat-sifatnya tidak berubah-ubah
 . sebagaimana ianya sedia kala begitulah juga ianya mesti sentiasa kekal abadi kerana tidak dinamakan sedia kala sekiranya ianya tidak kekal abadi .

dalil aqli : dalil aqli bagi sifat baqo' adalah sama dengan dalil sifat qidam . seandainya zat allah s.w.t dan sifatnya tidak kekal , boleh hilang dan mati bermakna zat allah s.w.t dan sifatnya bukanlah qodim(sedia kala) kerana setiap perkara yang boleh hilang ataupun mati pasti sudah ianya suatu perkara yang baru , maka setiap yang baru pasti ada yang menciptakannya.ekoran itu akan terhasillah dua perkara yang telah saya sebutkan dahulu iaitu daur dan tasalsul . 

namun disana ulama' telah membahagikan kewujudan ini kepada tiga :

1-sesuatu yang tiada awal dan tiada akhir iaitu zat allah serta sifat-sifatnya .

2-sesuatu yang ada awal dan ada akhir iaitu iaitu dunia dan segala isinya .

3-sesuatu yang ada awal tapi tiada akhirnya seperti jasad para nabi-nabi dan syuhada' , bidadari , syurga , neraka ,arasy , tulang sulbi manusia , ruh , luh mahfuz dan juga qolam .semua perkara ini kekal adalah mengikut kehendak daripada allah s.w.t bukannya kerana sifat semula jadinya .wallahua'lam .

Friday, August 12, 2011

Sifat 20 - Qidam


Qidam bermaksud Allah sedia ada sejak azali lagi. Allah tidak ada permulaan dan tidak didahului dengan ketiadaan. Allah tidak sama dengan makhluk yang diciptanya kerana setiap makhluk mempunyai permulaan. Ini bermakna makhluk lain tiada sebelum dicipta sedangkan Allah tidak pernah dicipta dan tidak pernah ada permulaan. Mustahil Allah ada permulaan dan istihalahnya tidak logik diterima akal bahawasanya Allah mempunyai permulaan.
Tips =D
Mempunyai permulaan bermaksud dia dicipta oleh seseorang dan dia tiada sebelum dia dicipta.

Dalil Al-Quran :)

هو الأول و الأخر
Allah S.W.T itulah yang awal dan akhir

Dalil Aqli :)

Sekiranya Allah mempunyai permulaan, mestilah ada yang mencipta Allah. Siapakah yang lebih berkuasa daripada Allah ? ini bermakna Alah jualah pencipta sekalian alam dan sedia ada tanpa dicipta.

Sifat 20 - Wujud


Wujud bermakna adanya Allah. Mustahil tiada akan Allah kerana tidak dapat diterima akal fikiran bahawasanya Allah itu tidak wujud. Wujud Allah adalah wujud zati yang membawa makna Allah tidak mempunyai permulaan. Manakala makhluk seperti kita adalah wujud A’ridi yang bermakna adanya permulaan.

Tips 

Wujud A’ridi = 
Kenapa Kita disebut wujud A’ridi ?Setiap makhluk dicipta oleh Allah. Ini bermakna kita adalah baharu, baru sahaja dicipta dan bukanlah wujud dengan sendiri. Disebabkan kita baru sahaja dicipta dan mempunyai pencipta. Disebutlah wujud A’ridi. Setiap makhluk dinamakan wujud A’ridi selain dari Allah sahaja.

Wujud Zati =
Allah disebut wujud zati kerana Allah tidak pernah dicipta. Allah adalah pencipta sekalian alam dan mustahil Allah pernah dicipta oleh tuhan yang lain. Jikalau mempunyai ramai tuhan, huru-hara lah alam semesta ini kerana mempunyai banyak keputusan dari tuhan.

Dalil Al-Quran :)
ألله الذي خلق السموات والأرض
Allah Sahaja Yang Menciptakan Langit Dan Bumi

Dalil Aqli :
Sekiranya Allah tidak wujud. Bagaimana alam ini dicipta ? Mustahil ada makhluk lain yang lebih berkuasa dari Allah dan mampu mencipta alam ini tanpa kebenaran yang maha esa iaitu Allah azza wajalla. Alam ini wujud dengan kudrat Allah, Irodat Allah, Ilmu Allah dan Hayat Allah. Mana mungkin 4 sifat ini wujud jikalau tiada pemiliknya.

Sifat 20


 mempunyai 41 sifat =D
=) 20 yang wajib
=) 20 istihalah menafikan sifat mustahil
 =) 1 yang harus

20 Sifat Yang Wajib Terbahagi Kepada 4 =D
=) Nafsiah
=) Salbiah
=) Maa’ni
=) Ma’nawiyah

Nafsiah – 1 = Wujud
Salbiah – 5 = Qidam, Bakho’, Mukhalafah, Qiyamuhu, Wahdaniah
Maa’ni – 7 = Kudrat, Irodat, Ilmu Hayat, Samaq, Basor, Kalam
Ma’nawiyah – 7 = Kaunuhu Khodiron, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu A’liman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Samia’n, Kaunuhu Basiron, Kaunuhu Mutakalliman

Kitab Bakurah al -Amani -3

Wajib mengetahui 2 kaedah

[1] Ijmali
- Bermaksud merangkumi ataupun umum yang membawa makna bahawasanya Allah mempunyai banyak sifat wajib dan kesempurnaan. Bukanlah semata-mata 20 sifat Allah sahaja tetapi banyak sehinggakan tidak mampu dikira sifatnya.

[2] Tafsili
- Bermaksud terperinci, dihalusi ataupun huraian yang mendalam. Ini bermakna 20 sifat Allah wajib dipelajari, memikirkan dalil-dalilnya dan wajib berpegang sifat Allah di dalam hati akan setiap sifatnya daripada 20 kesemuanya.

Kitab Bakurah al-Amani -2

Hukum Berakidahkan Al-Asya’irah adalah wajib fardhu ain =)
¨ -Wajib belajar
¨ -Wajib memiliki dalil-dalil bagi setiap sifat Allah dan Rasul
¨ -Wajib beri’tiqod(bertekad) di dalam hati dengan penuh kepercayaan. Tanpa syak wasangka, ragu-ragu ataupun ketidakpuasan hati
Perhatian !!!
Mustahil bukanlah sifat Allah. Mustahil adalah sifat yang tidak layak kepada Allah dan Rasul. Mustahil adalah sifat kehinaan, kekurangan dan tidak logik kepada fikiran kita bahawasanya Allah dan Rasul mempunyai sifat kelemahan.
ISTIHALAH =)
Kita belajar sifat mustahil tetapi kita berpegang kepada Istihalah =)
Istihalah adalah penafian iaitu tidak menerima bahawasanya sifat mustahil wujud di dalam diri Allah dan Rasul. Sesungguhnya mustahil bukanlah sifat Allah, tidak layak kepada Allah dan tidak logik diterima akal fikiran bahawasanya allah mempunyai sifat mustahil.
Perkara ini perlu dihalusi dan ramai masyarakat tersilap di dalam hal ini. Ini amat berbahaya kerana ia adalah perkara keimanan. Sebenarnya, perkara ini telah diperjuangkan oleh tokoh tauhid alam melayu dahulu, Al-Alim Al-Alamah Tuan Syeikh Ismail bin Abdul Kadir Al-Fathani (Pak Da Ei ) iaitu seorang guru dan ulama’ besar melayu yang mengajar di Mekah.

Kitab Bakurah Al - Amani -1

Ilmu ini ada pelbagai nama =)
[1] Tauhid
Hendak merasakan Allah S.W.T di dalam diri dan kehidupan

[2] Usuluddin
Kerana asal agama dari ilmu tauhid
أول الين معرفة الله
Bermaksud : Awal-awal agama mengenal Allah

[3] Kalam
Bahasan kalam rumit sehinggakan menjadi berkhilaf-khilaf ulama’ dan berlaku pergaduhan antara ulama’ sehingga tahap bunuh-membunuh

[4] Ma’rifah
Ilmu untuk mengenal Allah

[5] Akoid
Ilmu simpulan iman, seolah-olah hati kita disimpul, diikat kemas dengan ilmu ini supaya hati kita teguh beriman kepada Allah
Apabila menyebut=)
لاإله إلاالله محمد رسول الله
Maka tergantung 50 sifat bagi Allah dan rasul. 41 sifat bagi Allah S.W.T dan 9 sifat bagi rasul. Wajib setiap mukallaf belajar seperti wajib fardhu ain.
لاإله إلاالله
41 AQIDAH
20 Sifat Wajib 20 Istihalah 1 Harus
محمد رسول الله
4 Sifat Wajib 4 Istihalah 1 Harus bagi rasul
41 berkait pada Allah
˅
9 berkait pada rasul
˅
=50 aqidah
Wallahu a’lam

Tuesday, May 10, 2011

Kitab Bakurah al-Amani



Kitab: Bakurah al-Amani
Data ringkas kitab:


Judul: Bakurah al-Amani li Irsyadi ‘Awami Ahlil Fathani (باكورة الأماني لارشلد عوام أهل الفطاني)


Kategori: Tauhid/Aqidah


Pengarang: al-‘Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir al-Fathani (lahir pada 1300H/1882M di Bendang Daya, Fathani dan wafat di Mekah pada 3 November 1965M ketika berusia 83 tahun)


Tarikh selesai dikarang: 14 Rajab 1335 bersamaan 15 Mei 1917M
[gambar kitab ini abuzahrah salin dari blog penadarwis. Kitab ini dicetak beserta dengan syarahnya sekali]
Kitab Bakurah al-Amani atau nama lengkapnya Bakurah al-Amani li Irsyadi ‘Awami Ahlil Fathani (باكورة الأماني لارشلد عوام أهل الفطاني), merupakan antara kitab tauhid yang terkenal di Tanah Melayu sehingga kini. Ianya ditulis oleh al-’Alim al-’Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir bin Wan Musthafa, atau dikenali juga dengan nama Pak Da ‘El al-Fathani. Kitab ini merupakan sebuah kitab yang ringkas, hanya kurang lebih 10 halaman namun isinya padat. Kitab ini ditulis oleh Pak Da ‘El sewaktu beliau berziarah ke negeri Kedah atas permintaan murid-muridnya. Ianya ditulis secara spontan, berdasarkan ingatan beliau sahaja. Tarikh kitab ini selesai di tulis adalah pada tahun 1335H/1916M atau tepatnya pada hari Sabtu 14 Rajab 1335 bersamaan 15 Mei 1917M. Kitab ini pernah di cetak oleh Matba’ah al-Ikhwan, Singapura pada tahun 1918M.


Menurut ceritanya, sejarah penulisan kitab ini adalah dari permintaan muridnya yang bernama Haji Ahmad supaya Pak Da ‘El karangkan secara ringkas matan ilmu tauhid bagi memudahkan anaknya Mat Hasan yang masih memondok agar membantunya dalam memahami ilmu tauhid. Maka permintaan itu diperkenankan oleh Pak Da ‘El, dan terhasillah kitab yang terkenal ini.


Oleh kerana kitab ini ringkas dan padat isinya sehingga sesetengah orang kerana gagal dalam memahami ‘ibaratnya, bahkan dibangkang oleh sesetengah orang, maka Pak Da ‘El telah diminta pula supaya menulis syarah bagi kitab ini. Beliau kemudian menulisnya dan diberi judul Tabshirah al-Adani bi Alhan Bakurah al-Amani (تبصرة الأداني باءلحان باكورة الأماني), selesai ditulis pada 25 Muharram 1358H / 16 Mac 1936.


Kitab Bakurah al-Amani, sehingga kini diajarkan dipondok-pondok. Bahkan merupakan sebuah teks utama di dalam ilmu tauhid. Antara tuan guru yang mengajar kitab Bakurah: Tuan Guru Haji Ismail Spanjang, Tuan Guru Haji Salleh Sik, Tuan Guru Haji Zakaria dan ramai lagi

Sunday, May 8, 2011

Kitab Munyatul Musolli

Kitab Muhimmah & Al-Mawa'izd Al-Badi'ah

Kitab Muhimmah adalah merupakan sebuah kitab lama yang telah dikarang oleh Syeikh Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani. Dan ianya banyak membicarakan tentang kelebihan dan kepujian terhadap perbuatan seorang isteri yang telah menunaikan tanggungjawabnya terhadap suaminya dan juga memberi peringatan yang sebaliknya apabila mereka derhaka.

Manakala terdapat sebuah lagi kitab yang bernama Al-Mawa'idz Al-Badi'ah membicarakan tentang peringatan-peringatan yang indah buat seorang Muslim yang dikarang oleh Maulana As-Syeikh 'Abdur Rauf Fanshuri Acheh.

KANDUNGAN


BAHAGIAN PERTAMA: Kitab Muhimmah
- Maka Inilah Suatu (Muhimmah): Yang Ditakutkan Atas Tiap-Tiap Perempuan Yang Bersuami, Iaitu Mengerjakan Pekerjaan Yang Jadi Derhaka Akan Suaminya


- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kelebihan Segala Perempuan Yang Mengikut Bagi Suaminya

- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kebinasaan Atas Lelaki Yang Mempunyai Isterinya Sebab Berkahwin

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Maka Hendaklah Ada Bagi Lelaki Yang Ada Baginya Isterinya Itu Di Dalam Cemburuan Yang Pertengahan

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Tatkala Kita Ketahuilah Daripada Segala Jalan Yang Jadi Kebinasaan Atas Segala Orang Yang Berkahwin

- (Ini Suatu Tanbih) Pula Pada Menyatakan Qismun, Ertinya Giliran

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Pada Menyatakan Tahajar Dan Tasyaman

- (Ini Suatu Muhimmah) Yang Ditakut Atas Segala Orang Yang Memutuskan Akan Segala Keluarganya

- (Tanbih) Sesungguhnya Telah Menaqal Oleh Qurthubi Di Dalam Tafsirnya: "Akan Ittifaqlah Segala Ulama' Atas Menyatakan Haram Memutuskan Keluarganya Dan Wajib Menghubungkan Dia"

- (Faedah)

- Adapun Riwayat Beranak Pada Malam Pula
- (Faedah)

BAHAGIAN KEDUA: Kitab Al-Mawa'idz Al-Badi'ah
Mengandungi 50 Pengajaran

Tuesday, April 26, 2011

Kitab Muhimmah & Al-Mawa'izd Al-Badi'ah


Kitab Muhimmah & Al-Mawa'izd Al-Badi'ah
Penulis: Syeikh 'Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani & Syeikh 'Abdul Ra'uf Fanshuri Acheh




Kitab Muhimmah adalah merupakan sebuah kitab lama yang telah dikarang oleh Syeikh Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani. Dan ianya banyak membicarakan tentang kelebihan dan kepujian terhadap perbuatan seorang isteri yang telah menunaikan tanggungjawabnya terhadap suaminya dan juga memberi peringatan yang sebaliknya apabila mereka derhaka.


Manakala terdapat sebuah lagi kitab yang bernama Al-Mawa'idz Al-Badi'ah membicarakan tentang peringatan-peringatan yang indah buat seorang Muslim yang dikarang oleh Maulana As-Syeikh 'Abdur Rauf Fanshuri Acheh.

Kitab Idaman Penuntut

Tajuk Kitab: IDAMAN PENUNTUT Pada Menghuraikan Yang Kusut.
Bahagian Ilmu: Feqah
Tulisan: Hj Abdul Ghani Hj Yahya
Cetakan: 1983
Kitab Rujukan sandaran: Kitab Matla al Badrin / Kitab Al Baijuri / Kitab Bujairimi Ignok
 
Kepada sesiapa (termasuk penulis) yang masih samar2 tentang ilmu asas dalam amalan harian (dari bersuci, solat, puasa, zakat, haji & umrah), kitab ilmiah di atas adalah sangat2 digalakkan, termasuk dalam top 5 kitab rujukan untuk golongan ahli biasa macam penulis (bukan untuk org2 yang rasa sudah pakar dalam ibadah asas). Kitab ini mungkin ada terdapat di masjid2 kerana memang femes di kalangan ustaz2 yg mengajar ilmu feqah kepada rakyat jelata.
 
Daripada pengajian semula (selepas bertahun2 meninggalkan Kelas Fardhu ain KAFA), banyaklah penjelasan2 yang diperolehi daripada kelas feqah ini. Dan selepas itu, insyaallah dgn izinNya, mana2 org yg datang dengan ‘idea2′ baru, pendapat baru, ‘cara2′ baru, tidaklah dapat menggoyahkan kita walaupun jiwa kita perlu sentiasa terbuka dgn ‘penemuan2′ baru oleh ustaz2 baru sekarang. Al-maklum, semenjak akhir2 ini banyak betul pandangan2 baru, ‘penemuan2′ baru yang di datangkan oleh ustaz2, sehingga kekadang terkeliru kita. Adakah cara lama yang diajar oleh tok2 guru pondok untuk sekian zamannya, dari guru ke guru, alih2 sekarang menjadi tidak ‘tepat’? Hanya Allah yang Mahamengetahui apa2 yang tersembunyi.

Kitab Feqah di atas adalah bersandarkan kitab2 feqah asas yang terulung spt Kitab Ignok, dan ada juga yg di sahkan sendiri oleh ulama2 besar spt Allahyarham Dato’ Mufti Syed Alwi bin Tahir Al Haddad (ulama’ Johor yang menaiki sampan yang dibuatnya sendiri untuk ke Mekah bagi mengelakkan shubhah dan tidak mahu menaiki kapal Belanda dlm tahun 1920′an). Dalam bab solat Qasar dan Jama’, Dato’ Mufti Syed Alwi telah mencuba sendiri dalam tahun 1924 dan tahun 1927 untuk mengukur sejauh mana 2 marhalah (perjalanan 2 hari unta dipadang pasir) untuk menentukan jarak 2 marhalah itu bersamaan 56miles. Jadi rujukan kitab Idaman Penuntut bukanlah sebarangan ceduk2 macam sebilangan kitab2 baru yg berada di pasaran, yang kekadang lebih mengelirukan dari menjelaskan.

Bidyatul Hidayah


assalamu'alaikum..


Kupasan Kitab Bidayatul Hidayah..


Menghayati kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam
benar2 telah memberi pemahaman tentang sedikit-sebanyak perjalanan
Imam al-Ghazali..dan pengertian tasauf sunni..


AlhamdulilLah, kuliah rakaman itu kuhayati di bulan Ramadhan yang mulia..
Sebelum tu dengar dah tetapi dvd player tak berapa OK..


Terlebih dahulu al-Ustaz memperkenalkan Imam al-Ghazali yang berjasa itu..
..katanya Imam al-Ghazali adalah merupakan seorang Tok Guru Pondok
di zamannya. Di zaman itu, telah muncul segolongan cerdik-pandai yang
belajar 'ilmu falsafah dan 'ilmu2 lain. Mereka memandang rendah terhadap
Tok2 Guru dan pelajar2nya di pondok. Keadaan inie amat mendukacitakan
Imam al-Ghazali..


Kata al-Ustaz, keadaannya sama seperti sekarang di mana masyarakat lebih
memandang tinggi kepada guru2 dan pelajar yang belajar di universiti
berbanding Tok2 guru pondok yang dianggap ketinggalan zaman..


Lantas Imam al-Ghazali berusaha mencari kebenaran.. dalam pencariannya,
Imam al-Ghazali beruzlah dan berkhalwat.. selama 10 tahun Imam al-Ghazali
berusaha membersihkan dalamannya. Apa yang dilaluinya tidak dapat diceritakan
kepada orang lain..


Bagaimana sahabah RasululLah dan auliya' yang menangis apabila membaca
al-Qur'an.. sedangkan kita tidak merasakan apa2..


seseorang yang makan tomyam tidak mampu untuk menceritakan kesedapan
tomyam itu kepada orang lain..sehingga orang itu merasakannya sendiri..
..merasakan lemak-manisnya beribadah kepadaNYA..


..begitu seorang Imam besar yang mengambil masa selama 10 tahun untuk
menyucikan hatinya..


Itu yang tiada kepada orientalis2. Mereka boleh mencari dan mengetahui
pengetahuan jauh lebih banyak daripada orang2 Islam.. Mereka mengetahui
tetapi tidak merasainya..


Al-Ustaz menyatakan.. Imam al-Ghazali menyatakan 'ilmu agama itu dipelajari
dengan berguru. Berlaku pemindahan 'ilmu dan 'amal Guru kepada si murid..
inie yang diajarkan oleh Tok2 Guru pondok..


..silsilah seseorang Guru perlu dilihat sampai kepada Imam al-Ghazali.. atau
sanad yang sampai kepada RasululLah SAW..


Al-Ustaz menyatakan 'ilmu fardhu 'ain yang perlu dituntut ada 3 iaitu 1. 'Ilmu Tauhid
2. 'Ilmu syariat [fiqh] 3. 'Ilmu Tasauf ['ilmu adab/'ilmu akhlaq]


..masyarakat seringkali merasa takut dengan istilah tasauf.. Al-Ustaz
menyatakan 'ilmu tasauf itu adalah 'ilmu adab. Adab dengan ALlah SWT dan
adab dengan manusia..


..apabila manusia itu riak, dia tidak beradab dengan ALlah SWT..
..apabila dengki, dia tidak beradab dengan manusia..
..apabila mengumpat, dia tidak beradab dengan manusia..
..apabila takabbur, dia tidak beradab dengan ALlah SWT..


Belajar 'ilmu tasauf perlu dengan mursyid. Berjalan seorang diri tidak digalakkan. Sebagaimana RasululLah SAW yang dipimpin oleh Malaikat Jibril ketika
di perjalanan Israk wal Mikraj [bertemu ALlah SWT]. Ada peserta yang bertanya
bagaimana untuk mengenali 'mursyid'. Kata al-Ustaz, lihatlah kepada syariatnya..
dan sifat2nya boleh dirujuk dalam kitab Ihya Ulumiddin.. jika sukar bertemu guru,
jadikan kitab Imam al-Ghazali itu sebagai guru..


..al-Ustaz menggalakkan peserta menyediakan kitab Ihya Ulumiddin di rumah.
Apa sangat RM300-RM400 untuk membeli kitab yang dapat memandu kita
menuju Akhirat.. Modal sebanyak itu, sebelah tayar kereta Merc pun tak lepas..


Imam al-Ghazali menghuraikan ketiga2 'ilmu secara bersepadu.. tidak boleh
dipisah2kan.. Seseorang yang belajar 'ilmu fiqh tetapi tidak belajar 'ilmu
tasauf boleh menyeleweng.. contohnya seorang hamba ALlah mempunyai
sejumlah wang hujung tahun yang perlu dizakatkan.. dia berkata kepada
isterinya untuk hadiahkan wang itu kepada isterinya..maka, dia melepaskan
diri daripada membayar zakat.. dia buat begitu kerana faham fiqh tetapi tidak
blajar tasauf..


..begitu juga dengan hamba2 ALlah yang blajar tasauf tanpa blajar fiqh.
Seorang sufi pernah berkata, "..sehingga ku merasakan tidak diwajibkan
solat ke atasku". Sufi tersebut bermaksud solat sudah menjadi sesuatu yang
perlu ke atasnya, tanpa solat dia bisa mati..ibarat makanan.. hamba2 ALlah
yang tersalah baca akan menyatakan tidak perlu solatt. Orang yang belajar
tasauf tanpa blajar syariat boleh menjadi 'kafir zindik', dia merasakan dirinya
muslim sedang dia sudah keluar Islam.. Na'uzubilLah..


Perjalanan seseorang murid akan diganggu dengan 4 unsur iaitu, 1. Dunia
2. Nafsu 3. Syaitan 4. Manusia..


Syaitan adalah musuh yang tiada kompromi dan 3 lagi boleh deal dengannya..

Thursday, April 14, 2011

Kitab Faridatul Faraid


KITAB FARIDATUL FARAID
(Petikan Tulisan Hj.Wan Mohd Shaghir Abdullah)

Berdasarkan penyelidikan, dapat diambil kesimpulan bahawa kitab "Faridatul Faraid" disusun adalah mengikuti jejak ulama' dunia Melayu yang terkenal seperti Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Syeikh Abdush Shamad al-Falimbani, dan lain-lain. Rujukan adalah berdasarkan kitab-kitab turas 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang dapat dipegangi, sama ada dari ulama' muktabar dunia Melayu atau pun ulama' muktabar bangsa Arab sendiri. Kitab-kitab yang dirujuk termasuk karangan Syeikh Abu Hasan al-Asy'ari, dan ulama'-ulama' sesudahnya. Maka diproses oleh Syeikh Ahmad al-Fathani, diringkaskannya, lalu terkumpul dalam kitab "Faridatul Faraid". Jadi secara global/garis besar perkara i'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama'ah lengkap dalam "Faridatul Faraid" ini.
 Dalam Natijah Al-Ahmadiah, Singapura bagi tahun 1345 H bersamaan 1926 – 1927 M, termaktub, "Faridatul Faraid" cap yang keenam kali huruf ats-tsani al-Islambuli yang elok bentuknya. Bicara 'Ilmu Ushulid Din yang suci daripada campuran bicara yang lain dan bersih daripada ibarat yang lebih-lebih supaya mudah mengerti orang yang mengajinya dan muthala'ahnya. Karangan al-Fadhil Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bun Mustafa bin Muhammad al-Fathani…"
 Kitab "Faridatul Faraid" mempunyai riwayat tersendiri, saya kurang mengerti apa sebab kitab tipis itu sangat diperbesar-besarkan oleh ulama'-ulama' Patani, Kelantan, Kedah dan lain-lain. Sewaktu saya ke Bangkok pada tahun 1971, ramai kalangan ulama' dan pelajar Islam di sana menggelar Syeikh Ahmad al-Fathani dengan "Tuan Faridah", sebagaimana di Jawa hingga tahun 1960an para ulama'nya mengenal Syeikh Ahmad al-Fathani dengan sebutan "Tuan Ngawamil". Demikian besar pengaruh kitab "Faridatul Faraid", sehingga sangat ramai yang pernah belajar kitab ini, manakala mereka mendapat anak perempuan lalu diberi nama dengan “Faridah”.
 Sewaktu saya ke Makkah pada tahun 1979, salah seorang ‘alim berasal dari Patani mengatakan bahawa kitab Faridah jika diajar oleh orang yang lebih ‘alim lebih sedap; lebih luas dan lebih mengasyikkan. Salah seorang Tuan Guru Pondok di Patani mengatakan bahawa kitab "Faridatul Faraid" tetap akan diajarkan di pondok-pondok dalam wilayah Patani. Menurut Tuan Guru Pondok tersebut hingga ke hari ini tidak ada satu kitab Tauhid dalam bahasa Melayu yang menyamai kemasyhuran kitab "Faridatul Faraid". Mereka menyebut bahawa dalam kitab itu mempunyai erti yang tersirat baik ditinjau dari segi susunan nahu dan sharaf mahupun penafsiran secara batin atau rahsia. Kepercayaan seperti itu saya cuba membantah, bahawa saya tidak melihat “Faridatul Faraid” itu lebih istimewa dari kitab-kitab Tauhid bahasa Melayu lainnya.
Saya tidak melihat bahawa ia mempunyai ilmiah yang tinggi. Dengan demikian banyak Tuan Guru marah dan bermasam muka kepada saya. Namun setelah dijelaskan bahawa saya menyimpan beberapa tulisan tangan Syeikh Ahmad al-Fathani yang meliputi banyak pemikiran untuk Islam dan Alam Melayu, yang tulisan ilmiah itu di antaranya saya huraikan dalam buku “Syeikh Ahmad a-Fathani Ahli Fikir Terbe­sar Alam Malayu”, kemarahan mereka terubat dengan penjelasan saya itu.
 Dalam tahun 1992, salah seorang ustaz yang pernah sebagai pensyarah di Nilam Puri Kelantan bercerita, "Saya mengajar di banyak masjid dalam Kota Bharu Kelantan, di antara kitab yang saya ajar ialah Faridatul Faraid oleh Tok Guru Wan Ahmad al-Fathani. Cukup besar amal jariyah Tok Guru Wan Ahmad, kerana di salah satu masjid saya mengajar tidak kurang yang hadir sekitar lima ratus orang. Yang mengajar Faridah bukan saya sahaja, tetapi ramai ustaz lainnya. Coba bayangkan dari dulu hingga sekarang Faridah masih tetap diajarkan, itulah sebabnya saya katakan cukup banyak amal jariyah yang diterima oleh Tok Guru Wan Ahmad, tuan punya kitab Faridah itu".

“Faridatul Faraid” pernah diringkaskan dan pernah disyarahkan. Yang diringkaskan di namakan “Pati Faridatul Faraid” yang di usahakan oleh Tuan Guru Haji Nik Abdullah al-Jambu Fathani. Syarahnya diberi judul “Umdah Thalibil Mujtahid bi Syarhi Faridah al-Faraid” diselesaikan tahun 1380 H/1960 M yang diusahakan oleh salah seo­rang ulama Patani iaitu Tuan Guru Haji Abdullah bin Hj. Ibrahim bin Abdul Karim al-Fathani al-Jabi.
Kitab yang diringkaskan dan disyarahkan itu sudah sukar menda­patkannya di kedai-kedai kitab, kerana hampir-hampir tidak berada di pasaran kitab lagi. Sebaliknya kitab "Faridatul Faraid" yang asli masih mudah mendapatkannya di hampir semua kedai kitab di Asia Tenggara. Yang berupa ringkasan itu adalah merupakan kitab Melayu/Jawi yang pertama sekali diringkaskan. Adapun kitab syarah itu adalah merupakan kitab Melayu yang kedua disyarahkan, kerana kitab Melayu pertama disyarah ialah “Sulla­mul Mubtadi” karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang diusahakan oleh Syeikh Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail al-Fathani, iaitu kitab yang meliputi tentang Tauhid, Fiqh dan Tasawuf.

Terakhir sekali sebagai bukti kitab "Faridatul Faraid" merupakan kitab Tauhid yang paling banyak diajarkan di dunia Melayu sejak dulu hingga sekarang, di bawah ini, saya perkenalkan semua edisi cetakan yang telah diketemukan. Cetakan terawal adalah diusahakan pada masa pengarangnya masih hidup atas usaha beliau sendiri. Cetakan pertama oleh Matba'ah al-Miriyah ak-Kainah, Makkah, 1313 H. Cetakan-cetakan di percetakan ini yang telah ditemui ialah cetakan yang ketiga, pertengahan bulan Zulqa'idah 1317 H. Dicetak lagi pada pertengahan bulan Rabi'ul awwal 1325 H.
 Terdapat edisi cetakan oleh Matba'ah Dar al-Kutub al-'Arabiyah al-Kubra, Mesir, atas perbelanjaan Ismail Fathani, anak pengarangnya, didapati cetakan yang ketiga, Jumadil Akhir 1328 H. Terdapat lagi edisi cetakan oleh Matba'ah Mustafa al-Baby al-Halaby, Mesir, Jumadil Akhir 1351 H, yang dinyatakan sebagai edisi cetakan yang keenam. Dicetak lagi oleh percetakan yang sama tahun 1353 H/1934 M, dinyatakan sebagai cetakan ketujuh. Terdapat lagi edisi cetakan oleh Matba'ah Al-Ahmadiyah, nombor 50 Minto Road, Singapura, 1344 H bersamaan 1926 M, dinyatakan sebagai edisi cetakan kelima, atas perbelanjaan Qadhi Haji Wan Ismail bin Syeikh Ahmad al-Fathani. Kemudian dicetak lagi oleh percetakan yang sama, yang dinyatakan sebagai cetakan keenam 1345 H/1926-1927 M.
 Terdapat lagi edisi cetakan oleh Persama Press, 83 dan 85 Achen Street (Masjid Melayu) Pulau Pinang, 1360 H/1941 M, dinyatakan sebagai cetakan ketiga.
Terdapat lagi edisi cetakan oleh Maktabah wa Matba'ah Dar al-Mu'arif, 173-C, Sungai Pinang Road, Pulau Pinang.

Terdapat edisi cetakan oleh Matba'ah Dar at-Thiba'ah al-Islamiyah, nombor 1/10, Jalan Jering, Patani. Terdapat edisi cetakan oleh Matba'ah Sulaiman Mar'i, Singapura. Dan edisi-edisi cetakan lain, di antaranya oleh Al-Ahliyah, Kota Bharu (Kelantan), Nahdi (Bangkok), Bungkul Indah (Surabaya) dan banyak lagi yang tidak dapat dibicarakan semuanya.
Dalam penelitian yang telah saya buat, ternyata kitab "Faridatul Faraid" adalah merupakan kitab Melayu/Jawi yang paling banyak kali dicetak. Juga paling banyak nama percetakan yang pernah menanganinya. Dari segi jumlah naskhah cetakan juga merupakan yang terbanyak kerana cetakan-cetakan yang dilakukan di Timur Tengah setiap kali cetak dalam jumlah sepuluh ribu exemplar/naskhah. Dari cetakan pertama (1313 H/1895 M) hingga kini, entah berapa juta naskhah yang telah dicetak tidak dapat diketahui secara pasti. Hanya disimpulkan saja bahawa ummat Islam Melayu yang memahami 'aqidah Ahlus Sunnah wal jama'ah melalui kitab "Faridatul Faraid", dari dulu hingga sekarang sekian jutanya hanya diketahui oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala saja.
 Para ulama' yang pernah selaku pentashih cetakan-cetakan "Faridatul Faraid" sangat ramai, di antaranya yang dapat dikenalpasti ialah, cetakan terawal ditashih oleh pengarangnya sendiri, dilanjutkan Haji Wan Ismail bin Syeikh Ahmad al-Fathani. Cetakan Matba'ah Dar al-Kutub al-'Arabiyah al-Kubra ditashih oleh Syeikh 'Abdur Razaq bin Muhammad Lampung (Ketua orang Lampung) dan Syeikh Ahmad Thahir Khatib Kerue al-Jawi, kedua-duanya adalah murid pengarang kitab, Syeikh Ahmad al-Fathani. Cetakan Persama Press ditashih oleh Syeikh Abdullah al-Makki. Cetakan Maktabah wa Matba'ah Dar al-Mu'arif ditashih oleh 'Utsman Shalih al-Azhari.

Wassalam.
Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah
Last Updated ( Saturday, 11 July 2009 04:08 )

Monday, April 11, 2011