Qidam bermaksud Allah sedia ada sejak azali lagi. Allah tidak ada permulaan dan tidak didahului dengan ketiadaan. Allah tidak sama dengan makhluk yang diciptanya kerana setiap makhluk mempunyai permulaan. Ini bermakna makhluk lain tiada sebelum dicipta sedangkan Allah tidak pernah dicipta dan tidak pernah ada permulaan. Mustahil Allah ada permulaan dan istihalahnya tidak logik diterima akal bahawasanya Allah mempunyai permulaan.
Tips =D
Mempunyai permulaan bermaksud dia dicipta oleh seseorang dan dia tiada sebelum dia dicipta.
Dalil Al-Quran :)
هو الأول و الأخر
Allah S.W.T itulah yang awal dan akhir
Dalil Aqli :)
Sekiranya Allah mempunyai permulaan, mestilah ada yang mencipta Allah. Siapakah yang lebih berkuasa daripada Allah ? ini bermakna Alah jualah pencipta sekalian alam dan sedia ada tanpa dicipta.
No comments:
Post a Comment