Wujud bermakna adanya Allah. Mustahil tiada akan Allah kerana tidak dapat diterima akal fikiran bahawasanya Allah itu tidak wujud. Wujud Allah adalah wujud zati yang membawa makna Allah tidak mempunyai permulaan. Manakala makhluk seperti kita adalah wujud A’ridi yang bermakna adanya permulaan.
Tips
Wujud A’ridi =
Kenapa Kita disebut wujud A’ridi ?Setiap makhluk dicipta oleh Allah. Ini bermakna kita adalah baharu, baru sahaja dicipta dan bukanlah wujud dengan sendiri. Disebabkan kita baru sahaja dicipta dan mempunyai pencipta. Disebutlah wujud A’ridi. Setiap makhluk dinamakan wujud A’ridi selain dari Allah sahaja.

Wujud Zati =
Allah disebut wujud zati kerana Allah tidak pernah dicipta. Allah adalah pencipta sekalian alam dan mustahil Allah pernah dicipta oleh tuhan yang lain. Jikalau mempunyai ramai tuhan, huru-hara lah alam semesta ini kerana mempunyai banyak keputusan dari tuhan.

Dalil Al-Quran :)
ألله الذي خلق السموات والأرض
Allah Sahaja Yang Menciptakan Langit Dan Bumi
Dalil Aqli :
Sekiranya Allah tidak wujud. Bagaimana alam ini dicipta ? Mustahil ada makhluk lain yang lebih berkuasa dari Allah dan mampu mencipta alam ini tanpa kebenaran yang maha esa iaitu Allah azza wajalla. Alam ini wujud dengan kudrat Allah, Irodat Allah, Ilmu Allah dan Hayat Allah. Mana mungkin 4 sifat ini wujud jikalau tiada pemiliknya.
No comments:
Post a Comment