Pengajian Bersama Uts Azhar hashim
Maklumat Terkini Majlis Rahmatan Lil alamin Bersama Uts Azhar Hashim Alhadrami Sila Rujuk Kuliah!!!!!

Tuesday, April 26, 2011

Bidyatul Hidayah


assalamu'alaikum..


Kupasan Kitab Bidayatul Hidayah..


Menghayati kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam
benar2 telah memberi pemahaman tentang sedikit-sebanyak perjalanan
Imam al-Ghazali..dan pengertian tasauf sunni..


AlhamdulilLah, kuliah rakaman itu kuhayati di bulan Ramadhan yang mulia..
Sebelum tu dengar dah tetapi dvd player tak berapa OK..


Terlebih dahulu al-Ustaz memperkenalkan Imam al-Ghazali yang berjasa itu..
..katanya Imam al-Ghazali adalah merupakan seorang Tok Guru Pondok
di zamannya. Di zaman itu, telah muncul segolongan cerdik-pandai yang
belajar 'ilmu falsafah dan 'ilmu2 lain. Mereka memandang rendah terhadap
Tok2 Guru dan pelajar2nya di pondok. Keadaan inie amat mendukacitakan
Imam al-Ghazali..


Kata al-Ustaz, keadaannya sama seperti sekarang di mana masyarakat lebih
memandang tinggi kepada guru2 dan pelajar yang belajar di universiti
berbanding Tok2 guru pondok yang dianggap ketinggalan zaman..


Lantas Imam al-Ghazali berusaha mencari kebenaran.. dalam pencariannya,
Imam al-Ghazali beruzlah dan berkhalwat.. selama 10 tahun Imam al-Ghazali
berusaha membersihkan dalamannya. Apa yang dilaluinya tidak dapat diceritakan
kepada orang lain..


Bagaimana sahabah RasululLah dan auliya' yang menangis apabila membaca
al-Qur'an.. sedangkan kita tidak merasakan apa2..


seseorang yang makan tomyam tidak mampu untuk menceritakan kesedapan
tomyam itu kepada orang lain..sehingga orang itu merasakannya sendiri..
..merasakan lemak-manisnya beribadah kepadaNYA..


..begitu seorang Imam besar yang mengambil masa selama 10 tahun untuk
menyucikan hatinya..


Itu yang tiada kepada orientalis2. Mereka boleh mencari dan mengetahui
pengetahuan jauh lebih banyak daripada orang2 Islam.. Mereka mengetahui
tetapi tidak merasainya..


Al-Ustaz menyatakan.. Imam al-Ghazali menyatakan 'ilmu agama itu dipelajari
dengan berguru. Berlaku pemindahan 'ilmu dan 'amal Guru kepada si murid..
inie yang diajarkan oleh Tok2 Guru pondok..


..silsilah seseorang Guru perlu dilihat sampai kepada Imam al-Ghazali.. atau
sanad yang sampai kepada RasululLah SAW..


Al-Ustaz menyatakan 'ilmu fardhu 'ain yang perlu dituntut ada 3 iaitu 1. 'Ilmu Tauhid
2. 'Ilmu syariat [fiqh] 3. 'Ilmu Tasauf ['ilmu adab/'ilmu akhlaq]


..masyarakat seringkali merasa takut dengan istilah tasauf.. Al-Ustaz
menyatakan 'ilmu tasauf itu adalah 'ilmu adab. Adab dengan ALlah SWT dan
adab dengan manusia..


..apabila manusia itu riak, dia tidak beradab dengan ALlah SWT..
..apabila dengki, dia tidak beradab dengan manusia..
..apabila mengumpat, dia tidak beradab dengan manusia..
..apabila takabbur, dia tidak beradab dengan ALlah SWT..


Belajar 'ilmu tasauf perlu dengan mursyid. Berjalan seorang diri tidak digalakkan. Sebagaimana RasululLah SAW yang dipimpin oleh Malaikat Jibril ketika
di perjalanan Israk wal Mikraj [bertemu ALlah SWT]. Ada peserta yang bertanya
bagaimana untuk mengenali 'mursyid'. Kata al-Ustaz, lihatlah kepada syariatnya..
dan sifat2nya boleh dirujuk dalam kitab Ihya Ulumiddin.. jika sukar bertemu guru,
jadikan kitab Imam al-Ghazali itu sebagai guru..


..al-Ustaz menggalakkan peserta menyediakan kitab Ihya Ulumiddin di rumah.
Apa sangat RM300-RM400 untuk membeli kitab yang dapat memandu kita
menuju Akhirat.. Modal sebanyak itu, sebelah tayar kereta Merc pun tak lepas..


Imam al-Ghazali menghuraikan ketiga2 'ilmu secara bersepadu.. tidak boleh
dipisah2kan.. Seseorang yang belajar 'ilmu fiqh tetapi tidak belajar 'ilmu
tasauf boleh menyeleweng.. contohnya seorang hamba ALlah mempunyai
sejumlah wang hujung tahun yang perlu dizakatkan.. dia berkata kepada
isterinya untuk hadiahkan wang itu kepada isterinya..maka, dia melepaskan
diri daripada membayar zakat.. dia buat begitu kerana faham fiqh tetapi tidak
blajar tasauf..


..begitu juga dengan hamba2 ALlah yang blajar tasauf tanpa blajar fiqh.
Seorang sufi pernah berkata, "..sehingga ku merasakan tidak diwajibkan
solat ke atasku". Sufi tersebut bermaksud solat sudah menjadi sesuatu yang
perlu ke atasnya, tanpa solat dia bisa mati..ibarat makanan.. hamba2 ALlah
yang tersalah baca akan menyatakan tidak perlu solatt. Orang yang belajar
tasauf tanpa blajar syariat boleh menjadi 'kafir zindik', dia merasakan dirinya
muslim sedang dia sudah keluar Islam.. Na'uzubilLah..


Perjalanan seseorang murid akan diganggu dengan 4 unsur iaitu, 1. Dunia
2. Nafsu 3. Syaitan 4. Manusia..


Syaitan adalah musuh yang tiada kompromi dan 3 lagi boleh deal dengannya..

No comments:

Post a Comment