Pengajian Bersama Uts Azhar hashim
Maklumat Terkini Majlis Rahmatan Lil alamin Bersama Uts Azhar Hashim Alhadrami Sila Rujuk Kuliah!!!!!

Tuesday, May 10, 2011

Kitab Bakurah al-Amani



Kitab: Bakurah al-Amani
Data ringkas kitab:


Judul: Bakurah al-Amani li Irsyadi ‘Awami Ahlil Fathani (باكورة الأماني لارشلد عوام أهل الفطاني)


Kategori: Tauhid/Aqidah


Pengarang: al-‘Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir al-Fathani (lahir pada 1300H/1882M di Bendang Daya, Fathani dan wafat di Mekah pada 3 November 1965M ketika berusia 83 tahun)


Tarikh selesai dikarang: 14 Rajab 1335 bersamaan 15 Mei 1917M
[gambar kitab ini abuzahrah salin dari blog penadarwis. Kitab ini dicetak beserta dengan syarahnya sekali]
Kitab Bakurah al-Amani atau nama lengkapnya Bakurah al-Amani li Irsyadi ‘Awami Ahlil Fathani (باكورة الأماني لارشلد عوام أهل الفطاني), merupakan antara kitab tauhid yang terkenal di Tanah Melayu sehingga kini. Ianya ditulis oleh al-’Alim al-’Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir bin Wan Musthafa, atau dikenali juga dengan nama Pak Da ‘El al-Fathani. Kitab ini merupakan sebuah kitab yang ringkas, hanya kurang lebih 10 halaman namun isinya padat. Kitab ini ditulis oleh Pak Da ‘El sewaktu beliau berziarah ke negeri Kedah atas permintaan murid-muridnya. Ianya ditulis secara spontan, berdasarkan ingatan beliau sahaja. Tarikh kitab ini selesai di tulis adalah pada tahun 1335H/1916M atau tepatnya pada hari Sabtu 14 Rajab 1335 bersamaan 15 Mei 1917M. Kitab ini pernah di cetak oleh Matba’ah al-Ikhwan, Singapura pada tahun 1918M.


Menurut ceritanya, sejarah penulisan kitab ini adalah dari permintaan muridnya yang bernama Haji Ahmad supaya Pak Da ‘El karangkan secara ringkas matan ilmu tauhid bagi memudahkan anaknya Mat Hasan yang masih memondok agar membantunya dalam memahami ilmu tauhid. Maka permintaan itu diperkenankan oleh Pak Da ‘El, dan terhasillah kitab yang terkenal ini.


Oleh kerana kitab ini ringkas dan padat isinya sehingga sesetengah orang kerana gagal dalam memahami ‘ibaratnya, bahkan dibangkang oleh sesetengah orang, maka Pak Da ‘El telah diminta pula supaya menulis syarah bagi kitab ini. Beliau kemudian menulisnya dan diberi judul Tabshirah al-Adani bi Alhan Bakurah al-Amani (تبصرة الأداني باءلحان باكورة الأماني), selesai ditulis pada 25 Muharram 1358H / 16 Mac 1936.


Kitab Bakurah al-Amani, sehingga kini diajarkan dipondok-pondok. Bahkan merupakan sebuah teks utama di dalam ilmu tauhid. Antara tuan guru yang mengajar kitab Bakurah: Tuan Guru Haji Ismail Spanjang, Tuan Guru Haji Salleh Sik, Tuan Guru Haji Zakaria dan ramai lagi

Sunday, May 8, 2011

Kitab Munyatul Musolli

Kitab Muhimmah & Al-Mawa'izd Al-Badi'ah

Kitab Muhimmah adalah merupakan sebuah kitab lama yang telah dikarang oleh Syeikh Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani. Dan ianya banyak membicarakan tentang kelebihan dan kepujian terhadap perbuatan seorang isteri yang telah menunaikan tanggungjawabnya terhadap suaminya dan juga memberi peringatan yang sebaliknya apabila mereka derhaka.

Manakala terdapat sebuah lagi kitab yang bernama Al-Mawa'idz Al-Badi'ah membicarakan tentang peringatan-peringatan yang indah buat seorang Muslim yang dikarang oleh Maulana As-Syeikh 'Abdur Rauf Fanshuri Acheh.

KANDUNGAN


BAHAGIAN PERTAMA: Kitab Muhimmah
- Maka Inilah Suatu (Muhimmah): Yang Ditakutkan Atas Tiap-Tiap Perempuan Yang Bersuami, Iaitu Mengerjakan Pekerjaan Yang Jadi Derhaka Akan Suaminya


- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kelebihan Segala Perempuan Yang Mengikut Bagi Suaminya

- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kebinasaan Atas Lelaki Yang Mempunyai Isterinya Sebab Berkahwin

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Maka Hendaklah Ada Bagi Lelaki Yang Ada Baginya Isterinya Itu Di Dalam Cemburuan Yang Pertengahan

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Tatkala Kita Ketahuilah Daripada Segala Jalan Yang Jadi Kebinasaan Atas Segala Orang Yang Berkahwin

- (Ini Suatu Tanbih) Pula Pada Menyatakan Qismun, Ertinya Giliran

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Pada Menyatakan Tahajar Dan Tasyaman

- (Ini Suatu Muhimmah) Yang Ditakut Atas Segala Orang Yang Memutuskan Akan Segala Keluarganya

- (Tanbih) Sesungguhnya Telah Menaqal Oleh Qurthubi Di Dalam Tafsirnya: "Akan Ittifaqlah Segala Ulama' Atas Menyatakan Haram Memutuskan Keluarganya Dan Wajib Menghubungkan Dia"

- (Faedah)

- Adapun Riwayat Beranak Pada Malam Pula
- (Faedah)

BAHAGIAN KEDUA: Kitab Al-Mawa'idz Al-Badi'ah
Mengandungi 50 Pengajaran